SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2024
3 Mei 2024 Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2024 @ SENTRA.Terima kasih buat semua keluarga SENTRA yang berkongsi rezeki dengan menyumbangkan juadah untuk Jamuan Hari Raya Aidil Fitri anak - anak SENTRA pada tahun ini. Semoga tuan dan puan sekeluarga dimurahkan rezeki,...
MAJLIS JALINAN DAN JARINGAN MESRA KOMUNITI SENTRA
3 Mei 2024 Majlis Jalinan dan Jaringan Mesra Komuniti SENTRA sempena Sambutan Aidilfitri SENTRA 1445H. Jemputan : Ketua-ketua Jabatan Zon Sungai Pelek (Polis, Penjara, Klinik Kesihatan) Ketua-ketua Komuniti (Ketua Kampung, Pengerusi surau, masjid dan Persatuan...
KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD SEPANG 2024
24 hingga 25 April 2024 Kejohanan Merentas Desa MSSD Sepang 2024 yang telah diadakan di SK Taman Pantai Sepang Putra sebagai tuan rumah Kejohanan bersama SMK Dengkil.Tahniah buat semua pemenang dan guru yang terlibat. Anda sememangnya hebat! Anjuran :PPD Sepang
“BERILMU, BERAKHLAK, BERWAWASAN”
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat berkunjung ke laman sesawang SK Taman Pantai Sepang Putra (SENTRA).
Ayuh kita sama membina kemenjadian anak-anak SENTRA.
“SENTRA ~ SUPERB”
(KOSONG)
GURU BESAR
BAINAH BINTI KARNO
GPK PENTADBIRAN
MAIZANA BINTI MARJOM
GPK Hal Ehwal Murid
NAGA KANNAN A/L VADIVALE
GPK KOKURIKULUM
AHMAD BIN IBRAHIM
GPK PENDIDIKAN KHAS
Bentuk Bulat
Lambang BERSATU dan PERPADUAN oleh semua pihak ke arah SATU TUMPUAN MENYELURUH matlamat kemajuan sekolah.
Obor
Lambang kepada semangat membara dalam menimba ilmu pengetahuan
Warna Kuning
Warna rasmi sekolah
Merah & Kuning
Warna bendera negeri Selangor
Matahari
Simbol semangat membara seperti matahari
Simbol Buku
Sumber utama dalam alam pendidikan menjadi asas menimba ilmu pengetahuan dan berperanan memberi maklumat dahulu, sekarang dan akan datang.
Komputer
Zaman baharu serba pantas
Moto
BERILMU, BERAKHLAK, BERWAWASAN
Ombak
Salah satu simbol tarikan sekolah yang berada dalam kawasan pelancongan di tepi pantai
Warna Biru
Melambangkan ketenangan umpama lautan yang membiru
LAGU SENTRA
Berilmu berakhlak berwawasan
Berbekalkan satu impian
Melahirkan generasi cemerlang
Maju sekolah terbilang
Berlandas prinsip rukun negara
Dan Falsafah Pendidikan
SK Taman Pantai Sepang Putra
Unggul dan terus gemilang
Dengan iltizam semangat waja
Berusaha pasti jaya
SK Taman Pantai Sepang Putra
Mara ke puncak persada.
(Ulang sekali lagi)
Mula ditubuhkan
Mula Beroperasi
Guru Besar Pertama
Guru Besar pertama telah ditugaskan bagi menyempurnakan lagi struktur organisasi sekolah ini iaitu Tuan Haji Mohammad Noor bin Sanusi.
Kelas PPKI
Pada tahun 2004, dengan murid seramai 250 orang, kelas tahun enam dan kelas Program Pendidikan Khas Intergrasi telah diwujudkan. Puan Latifah bt Nikmat adalah Penolong Kanan PPKI yang pertama.
Pra-sekolah
Pra-sekolah telah ditubuhkan pada 2005 dan seramai 25 orang murid telah mendaftar bagi memenuhi keperluan pendidikan awal kanak-kanak pada waktu itu.
Kejayaan Cemerlang
Pada tahun 2008, SKTPSP pernah dinobatkan sebagai Sekolah Bestari (Penanda Aras) Luar Bandar kerana pencapaiannya yang cemerlang dalam bidang ICT.
SK Taman Pantai Sepang Putra telah ditubuhkan pada November 2002 dan mula beroperasi pada 1 Januari 2003. Seramai 13 kakitangan telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan sekolah ini iaitu 11 orang guru dan seorang kerani bagi menguruskan urusan pentadbiran dan pengurusan sekolah.
Pentadbir pertama yang bertanggungjawab membangunkan sekolah ini adalah Tuan Haji Mohamad Nasir bin Meskam yang bertugas sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum, Tuan Haji Mohamad Hilal bin Mad Noh memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Encik Mohd Zaki bin Said sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Seramai lapan orang guru lain juga telah bersama-sama berpadu tenaga bagi merealisasikan sekolah ini iaitu : Pn Noripah bt Darusan, Pn Sri Suhana bt Silim, Pn Mariana bt Mukri, Pn Kilauwati bt Abdullah, Pn Khalijah bt Ibrahim, Cik Aznita bt Mohamed Akhyar, Pn Mazliah bt Misran dan Pn Jameah bt Yasin.
Bagi melancar dan mengukuhkan lagi operasi pengendalian di sekolah, Tuan Haji Mohamad Nasir dengan kerjasama guru-guru telah membuka kedai buku sekolah untuk menyediakan kelengkapan untuk pengajaran dan pembelajaran seperti buku tulis, alat tulis dan sebagainya.
Pada awal pembukaannya, seramai 150 orang murid telah mendaftar dari Tahun Satu hingga Tahun Lima. Bilangan murid kemudiannya meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 2004, dengan murid seramai 250 orang, kelas tahun enam dan kelas Program Pendidikan Khas Intergrasi telah diwujudkan. Puan Latifah bt Nikmat adalah Penolong Kanan PPKI yang pertama. Pada tahun 2009, murid sekolah ini pernah mencapai seramai 670 orang dengan kekuatan guru seramai 51 orang.
Kini, pada tahun 2023, murid-murid SENTRA adalah seramai 583 orang dengan guru seramai 51 orang dan kakitangan bukan guru seramai 9 orang.
VISI KPM
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
MISI KPM
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Orang Murid
Tenaga Pengajar
Pasukan Pelaksana
SK Taman Sepang Putera
Taman Pantai Sepang Putra
43950 Sungai Pelek
Sepang, Selangor
+603-31412775
+603-31412775
bba9221@moe.edu.my