Tahniah kepada guru-guru SENTRA yang mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2023.

Majlis penyampaian anugerah ini telah dijayakan di Nilai Springs Resort Hotel dikelolakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Sepang.

YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap
Ahli Parlimen Sepang telah menyempurnakan perasmian majlis dan penyerahan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

SENTRA mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada PPD Sepang di atas penganjuran majlis yang sangat bermakna.

Tahniah kepada penerima APC :
Cikgu Jamilah binti Bidin
Cikgu Marini binti Marlan
Cikgu Zarina binti Ahmad Shah
Cikgu Mazliah binti Misran
Cikgu Sri Suhana @ Suzana binti Silim.

Tahniah juga kepada Puan Juliyana binti Parnoh PPM baru SENTRA sebagai penerima APC atas tiket SK Sungai Pelek.