Satu jalinan kerjasama telah dimeterai secara rasmi antara Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA dan SK Taman Pantai Sepang Putra (SENTRA).

Jalinan ini fokus kepada sokongan Program & Pembangunan Nilai Keinsanan antara dua institusi.

Semoga jalinan ini mampu memberi impak yang positif ke arah pembangunan kemenjadian anak-anak SENTRA.

Terima kasih Tuan Haji Bambang Eirman bin Bahudin, Imam Besar, Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA di atas kesudian menjalin jalinan kerjasama ini.