SAMBUTAN HARI GURU SENTRA

Sambutan Hari Guru SENTRA 2024.‘Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI’.

GOTONG ROYONG MADANI 2024

11 Mei 2024Sabtu Gotong Royong Madani SENTRA telah melibatkan : Guru - guru dan AKP SENTRA AJK PIBG SENTRA Ibu Bapa dan Murid - murid SENTRA Turut dibantu :8 orang Orang Di Selia (ODS) dan 2 orang anggota daripadaPusat Reintegrasi Penghuni Sepang, Jabatan Penjara...

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2024

3 Mei 2024 Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2024 @ SENTRA.Terima kasih buat semua keluarga SENTRA yang berkongsi rezeki dengan menyumbangkan juadah untuk Jamuan Hari Raya Aidil Fitri anak - anak SENTRA pada tahun ini. Semoga tuan dan puan sekeluarga dimurahkan rezeki,...
BERITA SEKOLAH
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

Tahniah kepada guru-guru SENTRA yang mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2023. Majlis penyampaian anugerah ini telah dijayakan di Nilai Springs Resort Hotel dikelolakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Sepang. YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu,...

PROGRAM JOM JADI BAIK

PROGRAM JOM JADI BAIK

Masa : 9.30 - 12.00Tempat : Dewan Terbuka dan Lobi Ilmu SENTRA Penceramah :Tuan Inspektor Mohd Kamal Izwan bin AB Aziz Pengendali Pameran : KPL Abdul Aziz bin Abu Bakar KPL Muhammad Farid bin Abdul Aziz KPL Muhammad Farid bin Saat Anjuran:Unit Bimbingan dan Kaunseling...

PROGRAM BACALAH SAYANG

PROGRAM BACALAH SAYANG

Program Bacalah Sayang dalam Program Pagi SENTRA (PROPS) sebagai program induk. Tiada jalan mudah untuk berjaya.Usaha, usaha dan usaha.Baca, baca dan baca. Anjuran :Panitia Bahasa Melayu &Unit Pemulihan Khas

MOTO SEKOLAH

“BERILMU, BERAKHLAK, BERWAWASAN”

BARISAN PENTADBIR SENTRA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat berkunjung ke laman sesawang SK Taman Pantai Sepang Putra (SENTRA).

Ayuh kita sama membina kemenjadian anak-anak SENTRA.

“SENTRA ~ SUPERB”

MOHD FAZLI BIN ABDUL MANAF
Guru Besar
SK Taman Pantai Sepang Putra
(SENTRA)

MOHD FAZLI BIN ABDUL MANAF

MOHD FAZLI BIN ABDUL MANAF

GURU BESAR

BAINAH BINTI KARNO

BAINAH BINTI KARNO

GPK PENTADBIRAN

MAIZANA BINTI MARJOM

MAIZANA BINTI MARJOM

GPK Hal Ehwal Murid

NAGA KANNAN A/L VADIVALE

NAGA KANNAN A/L VADIVALE

GPK KOKURIKULUM

AHMAD BIN IBRAHIM

AHMAD BIN IBRAHIM

GPK PENDIDIKAN KHAS

PAUTAN APLIKASI
LENCANA SEKOLAH

Bentuk Bulat

Lambang BERSATU dan PERPADUAN oleh semua pihak ke arah SATU TUMPUAN MENYELURUH matlamat kemajuan sekolah.

Obor

Lambang kepada semangat membara dalam menimba ilmu pengetahuan

Warna Kuning

Warna rasmi sekolah

Merah & Kuning

Warna bendera negeri Selangor

Matahari

Simbol semangat membara seperti matahari

Simbol Buku

Sumber utama dalam alam pendidikan menjadi asas menimba ilmu pengetahuan dan berperanan memberi maklumat dahulu, sekarang dan akan datang.

Komputer

Zaman baharu serba pantas

Moto

BERILMU, BERAKHLAK, BERWAWASAN

Ombak

Salah satu simbol tarikan sekolah yang berada dalam kawasan pelancongan di tepi pantai

Warna Biru

Melambangkan ketenangan umpama lautan yang membiru

LAGU SEKOLAH

LAGU SENTRA

Berilmu berakhlak berwawasan
Berbekalkan satu impian
Melahirkan generasi cemerlang
Maju sekolah terbilang

Berlandas prinsip rukun negara
Dan Falsafah Pendidikan
SK Taman Pantai Sepang Putra
Unggul dan terus gemilang

Dengan iltizam semangat waja
Berusaha pasti jaya
SK Taman Pantai Sepang Putra
Mara ke puncak persada.

(Ulang sekali lagi)

November 2002

Mula ditubuhkan

SK Taman Pantai Sepang Putra telah ditubuhkan pada November 2002
1 Januari 2003

Mula Beroperasi

Mula beroperasi pada 1 Januari 2003. Seramai 13 kakitangan telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan sekolah ini iaitu 11 orang guru dan seorang kerani bagi menguruskan urusan pentadbiran dan pengurusan sekolah
April 2003

Guru Besar Pertama

Guru Besar pertama telah ditugaskan bagi menyempurnakan lagi struktur organisasi sekolah ini iaitu Tuan Haji Mohammad Noor bin Sanusi.

2004

Kelas PPKI

Pada tahun 2004, dengan murid seramai 250 orang, kelas tahun enam dan kelas Program Pendidikan Khas Intergrasi  telah diwujudkan. Puan Latifah bt Nikmat adalah Penolong Kanan PPKI yang pertama.

4 JAN 2005

Pra-sekolah

Pra-sekolah telah ditubuhkan pada 2005 dan seramai 25 orang murid telah mendaftar bagi memenuhi keperluan pendidikan awal kanak-kanak pada waktu itu.

2008

Kejayaan Cemerlang

Pada tahun 2008, SKTPSP pernah dinobatkan sebagai Sekolah Bestari (Penanda Aras) Luar Bandar kerana pencapaiannya yang cemerlang dalam bidang ICT.

SK Taman Pantai Sepang Putra telah ditubuhkan pada November 2002 dan mula beroperasi pada 1 Januari 2003. Seramai 13 kakitangan telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan sekolah ini iaitu 11 orang guru dan seorang kerani bagi menguruskan urusan pentadbiran dan pengurusan sekolah.

Pentadbir pertama yang bertanggungjawab membangunkan sekolah ini adalah Tuan Haji Mohamad Nasir bin Meskam yang bertugas sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum, Tuan Haji Mohamad Hilal bin Mad Noh memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Encik Mohd Zaki bin Said sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Seramai lapan orang guru lain juga telah bersama-sama berpadu tenaga bagi merealisasikan sekolah ini iaitu : Pn Noripah bt Darusan, Pn Sri Suhana bt Silim, Pn Mariana bt Mukri, Pn Kilauwati bt Abdullah, Pn Khalijah bt Ibrahim, Cik Aznita bt Mohamed Akhyar, Pn Mazliah bt Misran dan Pn Jameah bt Yasin.

Bagi melancar dan mengukuhkan lagi operasi pengendalian di sekolah, Tuan Haji Mohamad Nasir dengan kerjasama guru-guru telah membuka kedai buku sekolah untuk menyediakan kelengkapan untuk pengajaran dan pembelajaran seperti buku tulis, alat tulis dan sebagainya.

Pada awal pembukaannya, seramai 150 orang murid telah mendaftar dari Tahun Satu hingga Tahun Lima. Bilangan murid kemudiannya meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 2004, dengan murid seramai 250 orang, kelas tahun enam dan kelas Program Pendidikan Khas Intergrasi telah diwujudkan. Puan Latifah bt Nikmat adalah Penolong Kanan PPKI yang pertama. Pada tahun 2009, murid sekolah ini pernah mencapai seramai 670 orang dengan kekuatan guru seramai 51 orang.

Kini, pada tahun 2023, murid-murid SENTRA adalah seramai 583 orang dengan guru seramai 51 orang dan kakitangan bukan guru seramai 9 orang.

VISI & MISI SEKOLAH
VISI KPM

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

MISI KPM

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Orang Murid

Tenaga Pengajar

Pasukan Pelaksana

SK Taman Sepang Putera

HUBUNGI KAMI
Sekolah Kebangsaan
Taman Pantai Sepang Putra
43950 Sungai Pelek
Sepang, Selangor

+603-31412775

+603-31412775

bba9221@moe.edu.my